minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Masyarakat Islam Britain bertindak ke atas Zionis

Dalam masa intifadhah di Palestine masih berjalan, masyarakat Islam di Britain telah meningkatkan kempen mereka menentang pengaruh dan penyokong zionis di negara itu. Suruhanjaya Hak-hak Asasi Kemanusiaan Islam (IHRC) yang beribu pejabat di London mendakwa Islam mencapai kejayaan besar bulan lalu apabila seorang zionis terkemuka dibuang dari jawatan penting dalam kerajaan setelah orang Islam menentangnya. Mereka juga telah melancarkan piket ke atas Marks & Spencer, sebuah gedung perniagaan terkemuka yang mempunyai hubungan erat dengan Israel.

Lord Michael Levy telah dibuang dari jawatannya sebagai wakil khas perdana menteri Britain ke Timur Tengah pada pertengahan November lalu. Walaupun secara rasmi dia masih memegang jawatan itu, Levy telah ditukarkan untuk membantu tugas kementerian di Amerika Selatan. Bagaimanapun, sumber kementerian luar yang dipetik oleh media Britain mengesahkan bahawa dia telah diketepikan kerana tekanan masyarakat Islam dan kerana dia tidak popular di kalangan negara-negara Arab.

Levy adalah bekas ahli lembaga penasihat Agensi Yahudi yang memainkan peranan penting dalam penubuhan negara zionis Israel. Dia juga adalah bekas pengerusi pertubuhan Rayuan Yahudi Israel, yang aktif mengutip wang untuk Israel. Setakat tahun ini saja, lebih 10 juta pound (RM55 juta) telah berjaya dikumpulkan oleh pertubuhan itu. Anaknya pula adalah warga negara Israel yang bertugas sebagai penasihat kepada seorang menteri kerajaan zionis, Yossi Beilin. Bergantung kepada pandangan masing-masing, keputusan perdana menteri Britain Tony Blair untuk memilih Levy sebagai wakil khas ke Timur Tengah boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang sangat mengejutkan atau perlantikan yang sudah dijangkakan.

Bagaimanapun, IHRC menasihatkan masyarakat Islam supaya tidak menganggap tindakan pembuangan itu sebagai sesuatu yang sangat positif. Dalam satu kenyataan pada 24 November lalu, pengerusi IHRC Massoud Shadjareh berkata: “walaupun pembuangan Levy merupakan satu perkembangan positif dalam pendirian kerajaan mengenai krisis Timur Tengah, polisi Timur Tengah Britain – yang disokong oleh laporan tidak adil oleh media pro-Israel – tetap tidak sempurna kerana polisi itu masih menyokong Israel dan prejudis terhadap rakyat Palestine.

Selain daripada itu, IHRC juga memainkan peranan penting dalam kempen terhadap gedung perniagaan terkemuka Marks & Spencer (M&S). Pada 9 Disember lalu, masyarakat Islam telah berpiket di depan tujuh cawangan besar M&S di London dan Manchester untuk menarik perhatian masyarakat Britain kepada hakikat bahawa syarikat itu adalah salah sebuah daripada syarikat terkemuka Britain yang terang-terang menyokong Israel. Ini dibuktikan oleh tindakan M&S yang mengimport barangan sebanyak AS$233 juta dari Israel tahun lalu, iaitu satu jumlah yang tinggi bagi syarikat yang berbangga kononnya “membeli barangan British”. M&S juga dimasukkan ke dalam senarai syarikat-syarikat yang diberi penghormatan oleh duta Israel di London bulan lalu kerana sokongan mereka kepada Israel. 

Protes itu mendatangkan impak langsung kepada M&S dengan penganalisis kewangan Britain menjangkakan bahawa harga saham M&S akan terjejas  jika protes diteruskan.

Diterjemahkan dari artikel UK Muslims put pressure on zionists (http://www.muslimedia.com/uk-zionist.htm), Crescent International, 16-31 Disember 2000.

Mak Andak

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter